Kolonel Yang DiPertua dan Ketua Pegawai Semboyan Rejimen_Semboyan_Diraja

Bendera Rejimen Semboyan Diraja

DYMM Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah Kolonel Yang DiPertua Rejimen Semboyan Diraja.

Pegawai paling kanan di dalam Rejimen semboyan dikenali sebagai Ketua Pegawai Semboyan (Chief Signals Officer). Buat masa ini Ketua Pegawai Semboyan disandang oleh Brig. Jen. Dato' Ahmad Hadiatullah Maknun bin Hj Ridzuan, iaitu Ketua Pegawai Semboyan yang ke-14. Anak watan pertama dilantik menjadi Ketua Pegawai Semboyan adalah Kolonel (kemudiannya Mejar Jeneral) Leong Siew Meng yang dilahirkan di Ipoh, Perak. Beliau merupakan salah seorang daripada “Templer's 12” iaitu antara 12 orang warga Persekutuan Tanah Melayu yang dipilih oleh Jeneral Tun Gerald Templer untuk menjadi pegawai semasa Rejimen Persekutuan ditubuhkan

Berkaitan